WHO mengatakan ia telah mengesahkan lebih daripada 10 serangan ke atas infrastruktur kesihatan Iran di tengah-tengah kempen AS-Israel, membunuh empat petugas kesihatan dan mencederakan 25 orang, lapor Aljazeera.
“WHO telah mengesahkan 13 serangan ke atas penjagaan kesihatan di Iran dan satu di Lubnan,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada sidang akhbar.
Seorang lagi pegawai WHO pada taklimat yang sama menambah bahawa empat ambulans juga terjejas dan hospital serta tapak kesihatan lain mengalami kerosakan kecil akibat serangan berdekatan.























