Amir-Saeid Iravani, duta Iran ke PBB, mengatakan AS dan Israel “telah menunjukkan bahawa mereka tidak mengiktiraf garis merah dalam melakukan jenayah mereka”, lapor Aljazeera.
Bercakap kepada Majlis Keselamatan PBB di New York, Iravani berkata kedua-duanya menyerang kawasan awam dan infrastruktur yang “padat penduduknya”, termasuk sekolah, kemudahan perubatan, rekreasi dan sukan.
“Tindakan ini merupakan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang jelas,” katanya.























