Tentera Israel berkata Iran telah melepaskan lebih sedikit peluru berpandu ke negara itu setiap hari berikutan serangan ke atas pelancar dan simpanan, lapor Aljazeera.
Jurucakap tentera Nadav Shoshani berkata tentera Israel “meneutralkan sekitar 300 pelancar peluru berpandu balistik”.
“Kami percaya operasi kami terhadap pelancar peluru berpandu terbabit dan terhadap simpanan terbabit adalah bahagian penting daripada fakta bahawa kami melihat jumlah peluru berpandu yang dilepaskan setiap hari semakin berkurangan,” tambah Shoshani.
























