Rusia pada Selasa mengutuk apa yang digambarkannya sebagai campur tangan luaran subversif dalam politik dalaman Iran dan berkata ancaman serangan ketenteraan baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap negara itu tidak boleh diterima sama sekali, lapor Reuters.
“Mereka yang merancang untuk menggunakan pergolakan yang diinspirasikan luaran sebagai alasan untuk mengulangi pencerobohan terhadap Iran yang dilakukan pada Jun 2025 mesti sedar akan akibat buruk tindakan sedemikian terhadap situasi di Timur Tengah dan keselamatan antarabangsa global,” kata Kementerian Luar Rusia dalam satu kenyataan, menurut laporan Reuters.























