Pertempuran sengit berlaku antara pejuang Hizbullah dan tentera Israel di pinggir pekan Aitaroun di selatan Lubnan, lapor Aljazeera.
Menurut Agensi Berita Kebangsaan (NNA) rasmi, kedua-dua pihak menggunakan artileri berat dan tembakan roket semasa pertempuran di daerah Bint Jbeil.
Situasi masih tidak menentu ketika berbalas tembakan telah meluas di pinggir pekan, menurut laporan berita itu.























