Pelbagai letupan dilaporkan di Tehran susulan pengumuman tentera Israel bahawa ia telah melancarkan serangan baharu, lapor Aljazeera, menurut laporan tempatan, beberapa letupan berlaku di ibu negara Iran.
Video yang tersebar di platform media sosial menunjukkan kepulan asap tebal naik dari daerah Qarchak, tenggara Tehran, di tengah-tengah laporan serangan yang belum disahkan yang menyasarkan pangkalan Pengawal Revolusi di kawasan itu, lapor Aljazeera.























