Dua belas pakar hak asasi manusia PBB yang bebas mengeluarkan kenyataan bersama mengutuk “serangan ketenteraan berterusan ke atas Iran dan Lubnan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang ketara”, lapor Aljazeera.
“Konflik ini berisiko menyelubungi rantau yang lebih luas dalam keganasan bersenjata yang dahsyat dan mengancam untuk menetapkan satu lagi preseden kekebalan sepenuhnya bagi beberapa kuasa ketenteraan terkuat di dunia,” kata pakar-pakar terbabit.
“[AS] dan Israel harus berhenti melancarkan dan meluaskan peperangan, dan menganggap diri mereka berada di atas perundangan antarabangsa,” kata pakar-pakar terbabit, yang termasuk Francesca Albanese, pelapor khas PBB untuk wilayah Palestin yang diduduki.
Pakar-pakar lain yang menandatangani kenyataan itu termasuk Ben Saul, pelapor khas mengenai hak asasi manusia dan memerangi keganasan; Michael Fakhri, pelapor khas mengenai hak makanan; dan Balakrishnan Rajagopal, pelapor khas mengenai perumahan yang mencukupi, serta kumpulan kerja PBB mengenai diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.























