Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meminta penjelasan daripada Rumah Putih awal minggu ini selepas mengetahui pegawai dalam pentadbiran Trump mungkin telah berkomunikasi dengan Iran, lapor Aljazeera.
Aljazeera melaporkan, menurut laporan oleh saluran berita AS Axios, memetik dua sumber yang tidak dinamakan yang biasa dengan isu itu, perisikan Israel memperoleh maklumat yang menunjukkan mungkin terdapat hubungan antara pentadbiran Trump dan pegawai Iran untuk membincangkan kemungkinan gencatan senjata.
Axios melaporkan bahawa Netanyahu menghubungi pegawai Rumah Putih pada Isnin untuk bertanya sama ada rundingan atau pertukaran mesej sedemikian telah berlaku, lapor Aljazeera.
Satu sumber memberitahu akhbar itu bahawa Rumah Putih membalas dengan memberitahu Netanyahu bahawa pentadbiran Trump tidak bercakap dengan pegawai Iran “di belakangnya”.























