Perdana menteri Israel menulis mesej di akaun rasmi X pejabatnya yang menggesa rakyat Iran untuk merebut apa yang dia sebut sebagai “peluang sekali seumur hidup” untuk menggulingkan kerajaan Islam mereka, lapor Aljazeera.
“Ayatollah [Ali Khamenei] sudah tiada, dan saya tahu anda tidak mahu dia digantikan dengan tiran lain,” kata Netanyahu.
“Jadi anda mesti bertindak. Kami sedang mewujudkan keadaan untuk anda berbuat demikian. Apabila masanya tiba, dan masa itu semakin hampir, kami akan menyerahkan obor kepada anda. Bersedialah untuk merebut masa ini!”























