Menteri Pertahanan Israel, Katz berkata dia telah memberi ultimatum kepada kerajaan Lubnan untuk menghentikan Hizbullah daripada melakukan serangan di utara Israel atau tentera Israel akan menyerang wilayah Lubnan dan “melakukannya sendiri”, lapor Aljazeera.
“Hizbullah melancarkan serangan besar-besaran ke arah negara Israel semalam,” kata Katz dipetik oleh The Times of Israel, menurut Aljazeera.
“Saya memberi amaran kepada presiden Lubnan bahawa jika kerajaan Lubnan tidak tahu bagaimana untuk mengawal wilayah itu dan menghalang Hizbullah daripada mengancam komuniti utara dan menembak Israel, kami akan mengambil wilayah itu dan melakukannya sendiri.”























