Lebih 100 rumah rosak selepas puting beliung mendarat di kawasan perumahan di luar Houston, kata pihak berkuasa di Texas pada Isnin, lapor AP.
Namun, tiada kecederaan dilaporkan.
Jabatan Bomba Houston menghantar lima anggota pasukan gergajinya untuk menebang dan mengalihkan pokok yang tumbang, jurucakap Rustin Rawlings dilapor berkata.























