Sebuah bas penumpang tergelincir dari lebuh raya Himalaya dan terguling menuruni cerun curam dan berbatu ke jalan di bawahnya di Kashmir yang dikawal India pada Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan kira-kira 45 yang lain, kata pegawai, menurut berita AP.
Bas 42 tempat duduk itu membawa lebih 60 orang dari pekan Ramnagar ke bandar Udhampur apabila ia melanggar sebuah beca auto di selekoh tajam di kawasan pergunungan, kata pentadbir awam Prem Singh.
Bas itu terbabas dari jalan raya dan jatuh kira-kira 100 kaki (30 meter) ke jalan di bawah, kata Singh.
Orang yang berada di dalam kenderaan tiga roda itu juga cedera, katanya.
Singh dilapor berkata, 19 penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital selepas pemindahan mereka.























