Seorang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas bedilan dan tembakan Israel menyasarkan kem Nuseirat, kawasan kejiranan Zeitoun, dan pekan Beit Lahiya di Jalur Gaza, menurut Al Jazeera memetik WAFA.
Menurut sumber perubatan, seorang terbunuh selepas pasukan Israel mengebom sebuah apartmen kediaman bertentangan dengan kem Mesir, di utara kem Nuseirat, di tengah Gaza.
Dua orang cedera akibat letupan dron di kawasan kejiranan Zeitoun, tenggara bandar Gaza.
Seorang wanita juga cedera parah akibat tembakan di kawasan al-Salatin di bandar Beit Lahiya, utara Jalur Gaza.



























