Tentera Israel menggambarkan “serangan penting di tengah-tengah Tehran” sebagai memusnahkan kawasan “yang digunakan untuk membangunkan keupayaan serangan satelit di angkasa lepas”, lapor Aljazeera.
Ia berkata tentera udaranya, yang bertindak berdasarkan risikan ketenteraan yang “tepat”, “membongkar” kawasan yang menimbulkan “ancaman kepada satelit Israel dan aset angkasa lepas negara lain di seluruh dunia”.
“Kawasan itu digunakan untuk membangunkan program angkasa lepas ketenteraan, termasuk pembangunan satelit ‘Chamran-1’, yang dibina oleh industri elektronik Kementerian Pertahanan Iran dan dilancarkan ke angkasa lepas pada September 2024 oleh Kor Pengawal Revolusi Islam,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Ia berkata serangan terbaru itu susulan “serangan yang dijalankan minggu lalu (Jumaat) terhadap kawasan penyelidikan berkaitan angkasa lepas yang lain milik Pertubuhan Angkasa Lepas Iran di Tehran”.























