Komander tentera laut Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran memberi amaran, mana-mana kapal tentera AS atau kapal sekutunya yang melintasi Selat Hormuz akan menjadi sasaran, lapor Aljazeera.
Komen itu dibuat selepas dakwaan Setiausaha Tenaga AS Chris Wright sebelum ini bahawa Tentera Laut AS mengiringi sebuah kapal tangki minyak melalui selat itu, satu catatan yang kemudiannya dipadamkannya daripada X.
“Dakwaan sebuah kapal tangki minyak yang melalui Selat Hormuz dengan pengiring tentera AS adalah palsu sama sekali. Sebarang laluan armada AS dan sekutunya akan dihentikan oleh peluru berpandu Iran dan dron berani mati,” kata ketua tentera laut IRGC, Alireza Tangsiri.























