Tentera Iran mengumumkan memintas dan menjatuhkan dron bersenjata AS-Israel di ruang udara Tehran sebelum ia dapat menjalankan sebarang operasi tempur, lapor Aljazeera memetik agensi berita Tasnim.
“Sejak permulaan perang yang dikenakan baru-baru ini, 127 dron canggih pelbagai jenis milik musuh telah disasarkan dan dimusnahkan oleh pertahanan udara negara,” tentera dipetik sebagai berkata.
Terdahulu, tentera Israel berkata ia telah memulakan gelombang serangan baharu ke atas Tehran, sementara penduduk di bandar itu melaporkan mendengar letupan kuat di timur dan baratnya.























