Iran mengutuk Kesatuan Eropah (EU), menuduh blok itu membenarkan serangan AS-Israel ke atas negara itu, lapor Aljazeera.
Jurucakap Kementerian Luar Esmaeil Baghaei berkata tindak balas Eropah terhadap perang itu bersamaan dengan sokongan untuk serangan terbabit.
Baghaei dalam catatan di X dilaporkan sebagai berkata, ketidakpedulian dan persetujuan Kesatuan Eropah dalam menghadapi pencerobohan dan kekejaman AS dan Israel tidak kurang daripada bersubahat.























