Hizbullah berkata ia melancarkan roket ke beberapa tapak tentera Israel sebagai tindak balas kepada serangan Israel ke atas Lubnan, lapor Aljazeera.
Dalam satu siri kenyataan, kumpulan itu berkata ia menyasarkan Ami’ad dan pangkalan Samson di Israel.
Ibu pejabat Northern Command tentera Israel, serta pangkalan Ein Zeitim dekat Safad, turut disasarkan, menurut kenyataan itu.
Hizbullah menambah bahawa ia telah melepaskan peluru berpandu ke pangkalan tentera laut Haifa dan pangkalan udara Carmel di bandar Haifa, Israel.























