Dua puluh tiga gerabak tangki yang membawa minyak bahan api tergelincir pada Sabtu di stesen Chais di Wilayah Penza, Rusia, menyebabkan tumpahan minyak yang mencemari anggaran 750 meter persegi, kata Russian Railways (RZD) di Telegram, menurut berita Xinhua.
Menurut RZD, tumpahan minyak telah dikawal di kawasan bersebelahan dengan benteng kereta api, dengan langkah-langkah tindak balas kecemasan diambil untuk mengehadkan impak alam sekitar.
Pakar dari makmal alam sekitar RZD, bersama-sama pakar dari organisasi tindak balas kecemasan Ecospas, telah dihantar ke tapak untuk menilai dan menangani pencemaran, kata syarikat itu.
RZD menambah bahawa perkhidmatan di stesen Chais telah digantung.























