Kementerian Kesihatan Lubnan mengeluarkan angka kematian dan kecederaan terkini daripada kempen pengeboman Israel, lapor Aljazeera.
Sejak Isnin, serangan Israel telah membunuh 102 orang dan mencederakan 638 lagi, berita Aljazeera memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA).
Kementerian itu memberi amaran bahawa jumlah kematian mungkin akan meningkat apabila hospital menerima lebih ramai orang yang cedera.























