Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan dianggarkan 100,000 orang melarikan diri dari Tehran dalam dua hari pertama serangan AS dan Israel ke atas Iran pada hujung minggu, lapor Aljazeera.
“Di Iran, dianggarkan 100,000 orang meninggalkan Tehran dalam dua hari pertama selepas serangan itu,” kata UNHCR, agensi pelarian PBB, dalam satu laporan situasi.























