Dua letupan kedengaran awal Jumaat di luar pantai daerah Sirik di wilayah Hormozgan, selatan Iran, menurut Xinhua memetik laporan agensi berita IRIB dikendalikan oleh kerajaan Iran.
Ia berkata letupan itu dari laut dan berkaitan dengan Selat Hormuz.
Tiada hentaman projektil atau pertempuran di Sirik setakat ini, katanya.
Dua letupan juga kedengaran di bandar pelabuhan Bandar Abbas di Hormozgan, katanya.
Menurut Xinhua, agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim, melaporkan letupan di sekitar Sirik mungkin berkaitan dengan tindak balas angkatan tentera Iran terhadap “pelanggaran ketika laluan melalui Selat Hormuz”.



























