Pihak berkuasa Israel mengusir seorang wartawan Perancis terkemuka selepas dia ditolak masuk semasa mendarat, kata majikannya dan Persatuan Akhbar Asing di Israel, menurut Al Jazeera.
Alice Froussard, yang telah bekerja selama bertahun-tahun di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki, tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion Tel Aviv dengan penerbangan dari Paris pada Rabu, Al Jazeera memetik Radio France Internationale (RFI).
Alice mempunyai kebenaran perjalanan yang diperlukan dan telah memohon visa akhbar untuk bekerja di Tebing Barat yang diduduki, Al Jazeera memetik RFI.
Tetapi apabila wartawan perempuan itu tiba, dia telah disoal siasat, ditahan dan kemudian dihantar pulang dengan pesawat ke Perancis.
“Pihak berkuasa Israel tidak memberikan sebarang penjelasan kepada RFI untuk keputusan itu,” rangkaian itu dilapor sebagai berkata dalam satu kenyataan.
Pada 2025, pasukan Israel membunuh sekurang-kurangnya 84 pekerja media dan wartawan – kebanyakannya rakyat Palestin di Gaza – jauh lebih ramai daripada mana-mana negara lain, Al Jazeera memetik Jawatankuasa Perlindungan Wartawan (CPJ).



























