Empat warga Israel cedera pada Selasa selepas roket yang dilancarkan dari Lubnan melanda sebuah bangunan di pekan Kiryat Ye’oval di Galilee, berita Anadolu memetik laporan media Israel.
Menurut Anadolu, Channel 13 berkata roket itu menyebabkan kecederaan ringan dan siren serangan udara berbunyi di beberapa penempatan Israel dekat sempadan Lubnan.
Tiada kumpulan Lubnan yang segera mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Terdahulu pada Selasa, Hizbullah berkata bahawa ia telah menyasarkan tiga pangkalan tentera di utara Israel dan Dataran Tinggi Golan yang diduduki dengan roket dan dron sebagai tindak balas atas serangan Israel ke atas Lubnan, lapor Anadolu.
Tentera Israel melancarkan serangan darat ke selatan Lubnan awal Selasa, sehari selepas serangan udara membunuh sekurang-kurangnya 52 orang dan mencederakan lebih 150 orang lain di Beirut dan selatan Lubnan.























