Sekurang-kurangnya 23 petugas kesihatan terbunuh dan 112 yang lain cedera di Iran sejak bermulanya serangan pencerobohan bersama AS-Israel.
Angka itu menurut berita Anadolu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Iran pada Rabu.
Anadolu melaporkan, menurut Pusat Maklumat Media kerajaan, kementerian itu mengatakan 226 unit perubatan dan kesihatan rosak, termasuk 12 hospital yang telah dihentikan sepenuhnya.
Tujuh pusat perubatan telah dikosongkan kerana berdekatan dengan kawasan terjejas, tambahnya.
Dalam sektor kecemasan, 49 pangkalan dan 38 ambulans rosak, kata laporan itu.
Dalam tempoh yang sama, pasukan perubatan menjalankan 902 pembedahan, manakala 924 pesakit masih dalam hospital di pusat perubatan.























