Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata dua tentera terbunuh selepas sebuah helikopter terhempas kerana “kerosakan teknikal”, lapor Aljazeera.
“Kementerian Pertahanan mengumumkan kematian dua anggota angkatan tentera susulan nahas helikopter akibat kerosakan teknikal semasa menjalankan tugas negara mereka di negara ini hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.























