Turkiye sedang mempertimbangkan pengerahan pesawat F-16 ke Cyprus, sumber Kementerian Pertahanan Turki dipetik sebagai berkata oleh Reuters, lapor Aljazeera.
Orang terbabit memberitahu agensi berita itu bahawa langkah sedemikian adalah salah satu langkah yang sedang dipertimbangkan di tengah-tengah perancangan berperingkat yang sedang dijalankan untuk memastikan keselamatan negara Cyprus Turki yang memisahkan diri di utara pulau itu.























