“Kami terus menyasarkan keupayaan dron dan peluru berpandu Iran, dron mereka telah merosot. Pembuatan dron mereka telah terjejas, bermula hari ini kami tahu semua tempat mereka mengeluarkan dron dan ia diserang satu demi satu,” kata Trump, menurut laporan Aljazera.
“Keupayaan peluru berpandu mereka menurun kepada kira-kira 10 peratus, mungkin kurang. Kami juga menyerang tempat mereka membuat peluru berpandu dan tempat mereka menghantar peluru berpandu. Kami telah menyerang lebih 5,000 sasaran hari ini, sebahagian daripadanya sasaran yang sangat utama dan kami telah meninggalkan beberapa sasaran paling penting untuk kemudian sekiranya kami perlu melakukannya,” kata Trump, sambil menambah bahawa sasaran lain mungkin termasuk elektrik.























