Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata dia percaya dia harus terlibat secara peribadi dalam memilih pemimpin Iran yang seterusnya berikutan kematian pemimpin tertinggi negara itu, lapor Aljazeera.
Dalam satu temu bual dengan Axios, Trump berkata Iran “membuang masanya” jika ia cuba melantik pengganti tanpa penglibatan AS, lapor Aljazeera.
Dia mengakui bahawa Mojtaba Khamenei, anak lelaki Pemimpin Agung Ali Khamenei yang dibunuh, dilihat secara meluas sebagai pengganti yang paling mungkin, tetapi berkata dia tidak akan menerima keputusan itu.
“Anak lelaki Khamenei adalah seorang lightweight,” kata Trump. “Saya perlu terlibat dalam pelantikan itu.”
Trump menambah bahawa dia akan menolak mana-mana pemimpin baharu Iran yang meneruskan dasar kepimpinan sebelumnya, memberi amaran bahawa berbuat demikian akan menimbulkan risiko konflik baharu dengan AS “dalam tempoh lima tahun”.
“Anak lelaki Khamenei tidak dapat diterima oleh saya. Kami mahukan seseorang yang akan membawa keharmonian dan keamanan kepada Iran”, katanya.























