“Kami akan menyerang mereka, dan menyerang mereka dengan sangat keras,” kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval selepas diminta untuk menjelaskan kenyataannya sebelum ini di mana dia berkata Iran perlu “membayar harganya” kerana mengambil masa terlalu lama untuk mencapai persetujuan, lapor Al Jazeera.
Dia kemudian ditanya sama ada itu bermakna AS akan menyambung semula kempen pengebomannya.
“Ya, berdasarkan helikopter itu, saya rasa kami berhak untuk berbuat demikian,” jawabnya.
Trump menuduh Iran menembak jatuh sebuah helikopter Apache AS di Selat Hormuz.



























