Tiga pelaut India masih hilang selepas 21 pelaut India lain diselamatkan susulan serangan ke atas kapal tangki mereka di luar pantai Oman, kata kementerian luar India, lapor Al Jazeera.
“Kami mengutuk serangan ke atas kapal komersial Settebello di luar pantai Oman, awal hari ini (Rabu),” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
“Kedutaan kami di Oman sedang memantau keadaan dengan teliti dan secara proaktif menyelaraskan dengan pihak berkuasa Oman dalam operasi mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.”
Pegawai maritim berkata kapal tangki produk minyak itu telah kena tembakan peluru berpandu disyaki AS, menurut Al Jazeera.



























