Tentera Israel berkata seorang pegawai terbunuh semasa operasi pertempuran di selatan Lubnan, lapor Al Jazeera memetik akhbar Haaretz.
Kapten Maoz Israel Recanati, 24, “terkorban semasa pertempuran di selatan Lubnan”, tentera dilapor berkata, tanpa memberikan maklumat tambahan.
Kematian itu menjadikan jumlah tentera yang terkorban kepada 21 orang sejak perang dengan Hizbullah dimulakan semula pada awal Mac, lapor Al Jazeera.




























