Tentera Israel berkata peluru berpandu dilancarkan dari Iran ke arah wilayah Israel dan sistem pertahanan udara sedang berusaha untuk memintasnya, lapor Aljazeera.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata ia telah mengenal pasti pelancaran peluru berpandu dari Iran, sambil menambah bahawa sistem pertahanan telah diaktifkan untuk menangani ancaman terbabit.























