Tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin dekat persimpangan Etzion di selatan Bethlehem, di Tebing Barat yang diduduki, menurut berita Al Jazeera memetik Kementerian Kesihatan Palestin.
Kementerian itu dilapor berkata, ia dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Am untuk Hal Ehwal Sivil bahawa Amjad Jawad Abdel Fattah al-Natsha, 31, dari Hebron, terbunuh selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arahnya di kawasan itu.
Kematian terbaru itu berlaku di tengah-tengah peningkatan serbuan, tembakan dan penangkapan oleh Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Terdahulu pada Ahad, Imad Haroun Ishtayeh, 26, dari kampung Salem, timur Nablus, meninggal dunia akibat luka dialami selepas tentera Israel menembaknya dekat tembok pemisah Israel di al-Ram, utara Baitulmaqdis yang diduduki.




























