Satu kejadian tembakan di sebuah hospital di Chicago menyebabkan kampusnya dikurung, lapor agensi berita AP.
Menurutnya, kampus Hospital Endeavor Health Swedish berkata pada Sabtu bahawa pesakit dan kakitangan di kemudahan kesihatan itu selamat dan menjelang tengah hari tiada ancaman aktif.
Namun menurut AP, laporan berita tempatan mengatakan dua pegawai polis cedera.
Kejadian tembakan itu berlaku sekitar jam 11 pagi, lapor AP, Jabatan Polis Chicago tidak memberi respons kepada pelbagai permintaan untuk maklumat lanjut.























