Jurucakap angkatan tentera Iran, Abolfazl Shekarchi, berkata Iran membuktikan ia boleh bertindak balas dengan tegas terhadap ancaman AS, selepas Trump berkata dia hampir mengarahkan serangan baharu yang menyasarkan loji janakuasa dan jambatan Iran, lapor Al Jazeera.
Menurut Al Jazeera, dalam komen disiarkan oleh agensi berita separa rasmi Iran, Fars, Shekarchi berkata, Tehran telah bertindak balas terhadap semua ancaman Trump dan “tidak akan berundur”.



























