Tanah runtuh di Jawa Tengah Indonesia mengorbankan enam orang dengan 17 hilang, lapor Reuters memetik agensi berita Antara melaporkan pada Sabtu, selepas hujan lebat yang berpanjangan.
Tanah runtuh pada Khamis di bandar Cilacap itu menimbus sedozen rumah di kampung Cibeunying, kata Antara, memetik pegawai bencana Budi Irawan.
“Kami telah menemui tiga lagi mayat, hanya tinggal 17 lagi untuk ditemui. Kami telah berusaha sebaik mungkin,” Budi, timbalan di agensi pengurusan bencana Indonesia, dilapor sebagai berkata.
Agensi itu dilaporkan sebelum ini telah menemui tiga mayat.
Budi dilapor berkata, lokasi itu mencabar bagi penyelamat kerana mangsa tertimbus sedalam 3 hingga 8 meter (10-25 kaki).
Musim lembap negara Asia Tenggara itu bermula pada September dan akan berlangsung sehingga April, agensi cuaca dilapor berkata, membawa risiko banjir dan hujan lebat yang lebih tinggi di banyak kawasan.
Pada Januari, tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di sebuah lagi bandar Jawa Tengah, Pekalongan, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang, menurut Reuters.























