Siren serangan udara berbunyi di Haifa dan kawasan sekitarnya di utara Israel pada petang Rabu selepas serangan peluru berpandu dari Iran, lapor Anadolu memetik media Israel.
Menurut Anadolu, Channel 12 berkata penggera diaktifkan di Haifa, Krayot dan kawasan berdekatan serta Bukit Golan Syria yang diduduki selepas peluru berpandu dikesan dari Iran.
Media Israel menyiarkan rakaman pertahanan udara memintas peluru berpandu yang masuk.
Tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.
Menurut saluran itu, serangan itu merupakan gelombang peluru berpandu kesembilan yang dilancarkan oleh Iran ke arah Israel sejak tengah malam Selasa.
























