Serpihan pintasan dilapor menghentam sebuah kapal tangki yang berlabuh 23 batu nautika (42.6km) di timur Fujairah di UAE.
Menurut laporan Aljazeera, Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) berkata, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang menyebabkan kerosakan struktur kecil.
Menurut UKMTO, pegawai keselamatan syarikat kapal itu berkata siasatan menunjukkan kerosakan itu mungkin disebabkan oleh serpihan yang jatuh daripada pintasan di kawasan itu.























