Serpihan peluru berpandu pada Isnin dilaporkan jatuh dekat parlimen Israel dan Pejabat Perdana Menteri di Baitulmaqdis Barat, susulan serangan bertubi-tubi peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran ke arah Israel.
Menurut berita Anadolu, penyiar awam Israel menerbitkan gambar apa yang digambarkannya sebagai serpihan peluru berpandu besar yang mendarat dekat bangunan Knesset di Baitulmaqdis.
Rakaman video yang disiarkan oleh media Israel juga menunjukkan ahli Knesset bergegas ke tempat perlindungan selepas siren berbunyi di kawasan itu, lapor Anadolu.
Menurut Anadolu, harian Israel Yedioth Ahronoth melaporkan lebih banyak serpihan jatuh dekat pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis.
Channel 12 melaporkan beberapa serpihan peluru berpandu jatuh merentasi kawasan luas Baitulmaqdis dan tengah Israel selepas Iran melepaskan tembakan bertubi-tubi peluru berpandu ke arah negara itu, menurut Anadolu, tiada pengesahan segera daripada sumber bebas mengenai kemungkinan korban atau kerosakan bahan akibat serpihan yang jatuh.























