Kementerian Kebajikan dan Keselamatan Sosial Israel mengatakan ia sedang membantu lebih 2,700 orang yang terpaksa mengosongkan rumah mereka akibat serangan Iran, lapor Aljazeera memetik media Israel.
Angka itu termasuk kira-kira 1,000 penduduk yang mengosongkan bandar-bandar selatan Arad dan Dimona, yang diserang semalaman.
Menurut Aljazeera, seperti yang ia laporkan sebelum ini, perkhidmatan kecemasan Israel mengatakan sekurang-kurangnya 180 orang dari kedua-dua bandar itu dimasukkan ke hospital akibat serangan terbabit.























