Menurut Aljazeera, penyiar awam Israel Kan News melaporkan bahawa 30 orang cedera dalam serangan ke atas sebuah bangunan di utara Zarzir Israel.
Memetik perkhidmatan kecemasan, Kan berkata dua orang cedera akibat serpihan dan yang lain cedera ringan akibat pecahan kaca.
Enam daripada mereka yang cedera telah dihantar ke hospital, termasuk dua kanak-kanak berumur 12 dan 13 tahun, menurut Kan.























