Pihak berkuasa di New Jersey sedang menyiasat kematian seorang budak lelaki berusia 2 tahun yang dilaporkan terjatuh dari tingkap tingkat 20, lapor AP.
Polis Newark telah dipanggil ke sebuah bangunan pangsapuri bertingkat pada 7 pagi Sabtu atas laporan seorang kanak-kanak terjatuh dari tingkap.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, di taman awam dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty, pejabat pendakwa raya Essex County dilapor berkata dalam satu kenyataan.
Siasatan diumumkan oleh Pendakwa Daerah Theodore Stephens dan Pengarah Keselamatan Awam Newark, Emanuel Miranda.
Tiada maklumat lanjut diberikan serta-merta, menurut AP.























