Senator Amerika Syarikat (AS) Lindsey Graham memberi amaran bahawa Presiden AS Donald Trump akan “membunuh” pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, jika mereka terus bertindak terhadap peserta protes di Iran yang menuntut kehidupan yang lebih baik”, menurut laporan Anadolu.
“Kepada Ayatollah: anda perlu faham—jika anda terus membunuh rakyat anda yang menuntut kehidupan yang lebih baik—Donald J Trump akan membunuh anda,” kata Graham dalam satu temu bual dengan Fox News pada Selasa, menurut Anadolu.
Graham dilapor berkata “perubahan akan datang ke Iran” menyifatkannya sebagai perubahan terbesar “dalam sejarah Timur Tengah untuk menyingkirkan rejim Nazi ini”.
“Kepada rakyat Iran, bantuan sedang dalam perjalanan,” tambah senator itu.
Iran telah digegarkan oleh protes meluas dalam beberapa minggu kebelakangan ini di tengah-tengah ekonomi yang merosot dan susut nilai mata wang rial yang pesat, yang telah melepasi 1,350,000 berbanding dolar AS, menurut Anadolu.
Terdapat juga insiden keganasan, dengan laporan beberapa kematian, termasuk kematian peserta protes dan pegawai polis di bandar-bandar yang berbeza, lapor Anadolu.
Amaran senator itu datang ketika Khamenei mengakui bahawa tuntutan peserta protes adalah patut tetapi berkata bahawa rusuhan tidak akan ditoleransi.























