Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan bersenjata lewat Rabu semasa sambutan Malam Tahun Baru di bandar pelabuhan Manta di wilayah Manabi di pantai Pasifik Ecuador, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan pada Khamis.
Penembakan itu berlaku sekitar jam 11 malam waktu tempatan di luar sebuah rumah di kawasan kejiranan Nueva Esperanza di paroki Eloy Alfaro, menurut laporan media.
Lelaki bersenjata menyerbu perhimpunan itu dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang menyertai sambutan tersebut, membunuh enam orang dan mencederakan sekurang-kurangnya sedozen yang lain.
Mereka yang terbunuh membabitkan seorang bawah umur, seorang wanita dan empat lelaki berumur antara 26 dan 45 tahun.
Serangan itu menyebabkan panik di tempat kejadian dan mendorong mobilisasi pantas unit polis dan pasukan kecemasan.
Darurat telah diisytiharkan di wilayah Manabi, salah satu wilayah yang paling teruk terjejas oleh lonjakan keganasan jenayah.























