Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, berkata Moscow masih tidak melihat sebarang bukti bahawa Iran sedang membangunkan senjata nuklear ketika AS dan Israel meneruskan serangan mereka, lapor Aljazeera.
“Kami masih tidak melihat sebarang bukti bahawa Iran sedang membangunkan senjata nuklear, yang merupakan justifikasi utama, jika bukan satu-satunya, untuk perang itu,” kata Lavrov di Brunei, menurut Aljazeera dalam kemas kininya.
Dia berkata, akibat serangan ke atas Iran dirasai di seluruh rantau itu dan negara-negara Arab menanggung kos ekonomi dan mengalami kerugian, lapor Aljazeera.























