Serangan dron Israel ke atas sekumpulan orang di kawasan Al-Ayoun di bandar Gaza telah mengorbankan seorang awal pagi ini, menurut Al Jazeera memetik laporan agensi berita Palestin WAFA.
Sumber perubatan dilapor memberitahu WAFA bahawa beberapa orang cedera parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan pada Isnin bahawa 72,612 orang telah disahkan terbunuh dalam perang genosid Israel di kawasan itu sejak Oktober 2023, dengan 172,457 orang lagi cedera dan beribu-ribu orang masih dipercayai tertimbus di bawah runtuhan.



























