Qatar berkata pada Khamis, angkatan tenteranya memintas peluru berpandu yang menyasarkan negara Teluk itu, di tengah-tengah serangan yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dan Iran, lapor Anadolu.
Kementerian Pertahanan Qatar berkata peluru berpandu itu berjaya ditembak jatuh tetapi tidak memberikan maklumat mengenai korban atau kerosakan.
Insiden itu berlaku ketika serangan udara AS dan Israel ke atas Iran, yang dilancarkan pada 28 Feb, telah membunuh lebih 1,300 orang dan mencederakan lebih 10,000 orang.























