Qatar berkata ia disasarkan oleh dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran, salah satunya dipintas manakala satu lagi menghentam Pangkalan Udara Al Udeid, yang menempatkan tentera AS, lapor Aljazeera.
Pengumuman Kementerian Pertahanan itu dibuat selepas beberapa siri letupan kedengaran dekat ibu negara Doha beberapa jam lalu.
“Angkatan tentera kami mempunyai keupayaan penuh untuk melindungi dan memelihara kedaulatan negara dan wilayahnya, dan untuk menghadapi sebarang ancaman dengan tegas,” katanya dalam satu kenyataan.























