Sistem pertahanan udara Kuwait “sedang memintas sasaran udara musuh”, kata Staf Am Tentera Kuwait, menurut Al Jazeera.
Al Jazeera melaporkan, tentera dalam catatan di X menggesa penduduk untuk “mematuhi arahan dan garis panduan sekuriti dan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berwibawa, dan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dibenarkan”.



























